Visi PSSMKTBG

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

Misi PSSMKTBG

Menjadikan pusat sumber sekolah pusat penyebaran ILMU dan maklumat.
Salat times for Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia
Teluk. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Powered by Blogger.

SMK Teluk Bahang

Followers

About Me

Pusat Sumber SMK Teluk Bahang
View my complete profile
Friday


Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan Pelancaran Program Nilam


Nadi Ilmu Amalan Membaca atau singkatannya NILAM telah dilancarkan pada pagi ini oleh Pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad. Majlis pada pagi ini turut dihadiri olehdif jemputan, Encik Mior Darul Ridzuan bin Kamarulzaman dari PKG Tanjung Bungah. Selesai sahaja ucapan pengetua, Encik Mior telah memalu gong sebanyak 9 kali sebagai simbolik perasmian.

Selepas pelancaran program NILAM, diadakan pula Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber. Watikah perlantikan telah disampaikan oleh Encik Mior diiringi oleh Tuan Pengetua sebelum bacaan ikrar oleh para pengawas pusat sumber yang segak berbaju biru. Majlis turut dimeriahkan dengan bacaan sinopsis novel 'Memeluk Gerhana oleh Puan Norhafizah, syarahan bahasa Inggeris oleh pelajar, Suria Natalia, deklamasi sajak oleh Cik Azilwana dan dendangan syair oleh Encik Mohd Zaidi.

Semoga matlamat program ini untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar tercapai.

Gambar:Encik Mior memalu gong sebagai simbolik pelancaran program NILAM








0 comments:

Post a Comment

MEGA LINK












PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK TELUK BAHANG

ALuMni SmKtBg

Powered By Blogger